Selamat berpuasa di bulan Ramadan..

Salam,

Hari ini 1 Ramadan... Masa berlalu begitu pantas... Seluruh umat Islam akan menjalankan rukun islam ini dengan penuh pengisian dan pengorbanan.

Ibadat yang dinantikan setiap kali tiba bulan yang mulia ini adalah solat tarawih kerana ganjaran yang diberikan amatlah besar.

Semalam, semasa saya ke surau di kawasan rumah saya, satu phenomena yang luarbiasa. Surau yang biasanya satu atau dua saf selalu penuh, malam tadi penuh sampai ke luar. Setiap tahun, setiap kali malam pertama Ramadan, pasti ia akan berlaku.

Saya terpaksa ke masjid lain untuk menunaikan solat tarawih. Inilah kelebihan bulan Ramadan. Disamping dapat meningkatkan ibadat, hubungan silaturrahim antara jiran dan sahabat dapat ditingkatkan.


I like this picture. It remind me when I was small, we had such a good time together as siblings. As we grew up, get married, climbing up corporate ladder, etc, more and more we are distance apart as everyone are busy running around with their own life and lifestyle. 

So, take this opportunity and renew our commitment and be a better person.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...